Tentang KICO

Tentang KICO collage

Sejarah

Ditubuhkan pada tahun 1984, KICO telah dibimbing dan diketuai oleh Datuk Kamilia Dato’ Ibrahim. Bermula sebagai pensyarah undang-undang di Fakulti Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia, beliau kemudiannya  memulakan firma guamannya sendiri. Dengan lebih daripada 27 tahun pengalaman, KICO telah membina reputasi untuk kerja yang berkualiti, standard perkhidmatan dan etika tertinggi.

Lokasi

Kami terletak di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Mempunyai dua pejabat membolehkan kami bergerak lebih pantas dan sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada khalayak.

Perkhidmatan

Firma kami menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam Urusan Hartanah, Litigasi & Pertikaian Komersial, Perbankan & Kewangan (Konvensional dan Islam), Komersial & Korporat, Pengurusan Harta Pusaka Islam/Bukan Islam dan Keluarga & Syariah.

Visi

Visi kami adalah untuk menjadi cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan perundangan profesional, memenuhi dan memahami objektif, keutamaan dan keperluan pelanggan kami. Kami di KICO berusaha untuk memastikan standard perkhidmatan tertinggi kepada keseluruhan pelanggan kami untuk menyediakan perkhidmatan undang-undang terbaik kepada pelanggan kami dengan cara yang cekap dan kos efektif.

Ahli KICO

Datuk Kamilia Dato’ Ibrahim

Rakan kongsi

Nurul Jannah Bt Ibrahim

Rakan kongsi

Nazirah Binti Mannan

Peguam

Nadra Fatima Binti Mannan

Peguam